Wednesday, 23 September 2015

SEJARAH PENGGUBALAN MALAYSIA



Sejarah perlembagaan moden Malaysia Sejarah perlembagaan moden Malaysia bermula pada akhir abad ke 19, ketika kerajaan British menguasai Tanah Melayu.
Kronologi sejarah ringkas penggubalan adalah seperti berikut:
1905 – sebuah badan perundangan pusat yang dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) ditubuhkan. Semua undang-undang yang dibuat oleh mana-mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak bertentangan dengan undang-undang yang da bermula pada akhir abad ke 19, ketika kerajaan British menguasai Tanah Melayu.
Kronologi sejarah ringkas penggubalan adalah seperti berikut:
1905 – sebuah badan perundangan pusat yang dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) ditubuhkan. Semua undang-undang yang dibuat oleh mana-mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak bertentangan dengan undang-undang yang dibuat oleh MMP. Sungguh pun begitu MMP tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu.

1927 – melalui pindaan Perjanjian Persekutuan bagi anggota-anggota MMP, MMP diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh negeri-negeri Melayu Bersekutu. Raja-raja Melayu tidak lagi mengambil bahagian dalam perbincangan MMP. Ini menjadikan kuasa kerajaan pusat menjadi kuat. Sementara itu kedudukan Dewan Negeri diperkuat dan beberapa kuasa yang dulunya dijalankan oleh Ketua Setiausaha (Pegawai British) diserahkan kepada Dewan Negeri. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar kepada Setiausaha Persekutuan.

Di bawah Malayan Union pula, segala kuasa terletak di tangan gabenor termasuk kuasa memberi ampun pada orang salah. Gabenor boleh membatalkan segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Perundangan. Majlis Perundangan Negeri di setiap negeri pula hanya boleh membuat undang-undang tentang perkara tempatan sahaja dan ia boleh dibatalkan oleh Majlis Perundangan Malayan Union.

1948 – Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 2 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sementara itu Majlis Perundangan Negeri mempunyai kuasa yang terhad seperti yang disebuat dalam Jadual Kedua bagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948.

Jun 1955 – pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan – mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.

Mac 1956 – Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Reid. Jawatankuasa ini diberi tugas merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat.Jawatankuasa ini mula menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Laporan ini dikaji, diteliti dan kemudiannya digubal menjadi Perlembagaan Persekutuan.

Pembentukan perlembagaan telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.

Julai 1963 – Perjanjian Malaysia ditandatangani di London oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah di Perlembagaan Malaysia lahir serentak dengan kelahiran negara Malaysia pada tahun 1963 yang lalu. Perlembagaan Malaysia mempunyai asas yang kukuh kerana ia terbina di atas Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) yang telah terpakai semenjak malaya merdeka sehingga lah Malaysia terbentuk pada 16 September 1963. Pembentukkan Malaysia pada 16 September 1969, Tanah Melayu digantikan dengan nama Malaysia.





Konsep Keluhuran Perlembagaan



Perlembagaan Malaysia wujud pada tarikh yang sama dengan kelahiran negara Malaysia iaitu pada tahun 1963. Perlembagaan Malaysia mempunyai asas yang kukuh kerana ia dibina di atas Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) yang telah digunakan sejak malaya mencapai kemerdekaan sehingga terbentuknya Malaysia pada 16 September 1963. Pembentukkan Malaysia pada 16 September 1963, Tanah Melayu ditukarkan dengan nama Malaysia. Mengikut rentetan sejarah, Malaysia telah dijajah sejak 20 Mac 1824 sehingga 31 ogos 1957.Tempoh 129 tahun telah banyak memberi impak kepada pembangunan Negara termasuklah perhubungan etnik di negara ini. Pada 31 Ogos 1957 Malaysia telah mencapai kemerdekaan. Menjelang 31 Ogos 1957 hingga 31 Ogos 2014, Malaysia telah mengecapi kemerdekaan selama 57 tahun.Suatu tempoh panjang yang membolehkan rakyat Malaysia membentuk kerajaan mengikut acuan sendiri.
Pemahaman latar belakang perlembagaan Malaysia memerlukan kita menyingkap dan memahami lebaran sejarah penghasilan perlembagaan Tanah Melayu. Menjelang Kemerdekaan Tanah Melayu, setelah semua pihak sebulat suara, Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan untuk menggubal perlembagaaan baru bagi mengantikan perlembagaan 1948 yang telah diguna pakai semenjak Malayan Union dibubarkan. Langkah ini menjadikannya sebuah perlembagaan yang kukuh dan mendapat penerimaan semua pihak dan diisytiharkan pada Hari Kemerdekaan Tanah Melayu. Namun Perlembagaan Malaysia juga tetap sebuah perlembagaan yang berfungsi sepanjang masa. Ini kerana Malaysia mengamalkan sikap terbuka dan fleksibel. Selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi yang diamalkan, pindaan yang sewajarnya dilakukan melalui proses tertentu di parlimen apabila sesuatu perubahan diperlukan untuk menyesuaikan dengan keadaan dan masa.
    

Pemahaman latar belakang perlembagaan Malaysia memerlukan kita menyingkap dan memahami lebaran sejarah penghasilan perlembagaan Tanah Melayu. Menjelang Kemerdekaan Tanah Melayu, setelah semua pihak sebulat suara, Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan untuk menggubal perlembagaaan baru bagi mengantikan perlembagaan 1948 yang telah diguna pakai semenjak Malayan Union dibubarkan. Langkah ini menjadikannya sebuah perlembagaan yang kukuh dan mendapat penerimaan semua pihak dan diisytiharkan pada Hari Kemerdekaan Tanah Melayu. Namun Perlembagaan Malaysia juga tetap sebuah perlembagaan yang berfungsi sepanjang masa. Ini kerana Malaysia mengamalkan sikap terbuka dan fleksibel. Selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi yang diamalkan, pindaan yang sewajarnya dilakukan melalui proses tertentu di parlimen apabila sesuatu perubahan diperlukan untuk menyesuaikan dengan keadaan dan masa.


Konsep ,Tujuan & Ciri-ciri Perlembagaan
  
 Konsep
   
         Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah.
           Profesor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip undang-undang. Sebagai undang-undang utama di sebuah negara, perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan, antara lain Badan Perundangan iaitu Parlimen, Badan Pemerintah seperti Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan juga mengandungi peruntukan-peruntukan lain
seperti kenegaraan, kebebasan asasi, agama, bahasa kebangsaan dan sebagainya.
          Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan wujud daripada kehendak keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang terkandung di dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan perlembagaan yang tidak dapat dijalankan atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka perlembagaan itu tidak bermakna. Oleh itu, perlembagaan mestilah dipegang teguh dan seimbang dengan hasrat orang ramai. Yang nyata ialah perlembagaan bukan sahaja merupakan sebuah fikiran atau syor, tetapi merupakan undang-undang agung negara.

Tujuan Perlembagaan
             Mewujudkan Satu Bentuk Perintahan yang Adil. Secara terperincinya ialah kewujudan perlembagaan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hal istimewa orang Melayu, bahasa melayu, agama Islam dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, walaupun perlembagaan memperuntukan agama Islam sebagai agama Persekutuan/Negara rasmi ( dalam Bahagian 1, Perkara 3(1), tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia.
             Mengekalkan Penyalahgunaan Kuasa oleh Perintah. Sebagai contoh, sebagaimana yang digariskan dalam perlembagaan, terdapat beberapa peruntukan khas tertentu untuk YDPA serta sultan/raja/Yang dipertua Negeri. Dalam hal ini, walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu, tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada (Bahagian4,Bab 3,Perkara 40) Perlembagaan Malaysia. Langkah ini dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.
             Mengawal Pergerakan Kerajaan dan Rakyat. Perlembagaan persekutuan Malaysia bukan sahaja memperuntukan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada rakyat melalui kebebasan asasi (Bahagian 2, Perkara 5-13) dan hak istimewa orang Melayu. Situasi ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan daripada dominasi kuasa oleh sesuatu pihak.
Alat untuk Menyelesaikan Masalah. Perlembagaan telah pun menjadi undang-undang tertinggi Negara dan telah menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang Persekutuan dan Negeri. Sebarang masalah dalam perbuatan undang-undang atau rujukan apa-apa hukumankepada seseorang warganegara adalah berasakan perlembagaan.
              Menjamin Riwayat Negara Bangsa. Pembentukan perlembagaan berperanan penting untuk menentukan hala tuju perjalanan pentadbiran Negara. Ia juga akan mengekalkan identity Negara bangsa Malaysia kerana melalui perlembagaanlah sistem pentadbiran dan pelrjalanan undang-undang Negara dicorakkan.
             Menjamin Kestabilan dan Keamanan Negara. Perlembagaan berfungsi adalah sebagai alat penyelesaian masalah, mwngawal kedudukan rakyat dan pemerintah. Alat penyelesaian masalah ini sesungguhnya terlah Berjaya membentuk keamanan dan kestabilan Negara. Ini memandangkan terdapat sekatan-sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu. Namun, kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkara-perkara yang difikirkan perlu unyuk menyekat kebebasan mereka (Bahagian 2, Perkara 10).

Bentuk-Bentuk Perlembagaan
             Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis bermaksud bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam sebuah dokumen.
             Perlembagaan bertulis ini ada tiga sifat utama iaitu, Kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda. Selain itu, parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan, tetapi parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan kebebasan asasi.
             Perlembagaan tidak bertulis ialah merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak berkumpul dalam satu surat atau dokumen. Sebagai contohnya, Akta Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah. Malaysia juga mengamalkan perlembagaan bertulis diman parlimen mendapat kuasa daripada perlembagaan.

Ketertinggian Perlembagaan
            Malaysia merupakan sebuah persekutan yang mempunyai sebuah perlembagaan bertulis. Menurut Tun Mohammed Suffian, bekas Ketua Hakim Negara, Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah yang tertinggi. Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan yang akan menentukan kuasa perundangan kerajaan Persekutuan di satu pihak dan kepada tiap-tiap buah negeri di pihak lain. Perlembagaan menentukan perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat Undang-undang mengenainya. Contoh undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan, pelajaran, hal ehwal luar Negara dan sebagainya. Kedudukan YDPA sebagai Ketua Negara, lambing taat setia rakyat, lambing Negara, Ketua Parlimen, Ketua Pemerintah dan sebagainya. Kuasa asasi merupakan elemen penting dalam sesebuah Negara yang mengamalkan system demokrasi berparlimen. Kerajaan tidak boleh membuang Negara seseorang warganegara daripada pulang ke tanah airnya.

Pindaan Perlembagaan
           Sejak tahun 1957 sehingga tahun 1982, perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22 kali. Perkara 159 (4), sesetengah perkara boleh dipinda dengan sura majority 2/3 dalam tiap-tiap majlis parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar majlis parlimen. Perkara 161 (E), sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan bagi Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam setiap majlis parlimen jika ia dipersetujui oleh Ynag Dipertua mana-man negeri.
          Perkara-perkara yang pernah di pinda ialah Pemisahan Singapura, Mengenal Gender, Kekebalan Raja, Pengurus Bekalan Air, Kes Rogol, Perlembagaan Negeri, Pinda Perlembagaan Negeri, Peruntukan Istimewa Perlembagaan, Kewarganegaraan, Cara Mendapat Kewarganegaraan, Kehilangan Taraf Kewarganegaraan, Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan, Rasional Pemilihan, Peruntukan Perlembagaan dan Perlembagaan Bahasa Kebangsaan.


Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia


Perlembagaan Persekutuan Malaysia terbahagi kepada 15 bahagian dan 183perkara. Antara 183 perkara tersebut, terdapat beberapa peruntukan utama yang berkaitan dengan aspek-aspek berikut iaitu bahasa, agama, kewarganegaraan, kebebasan asasi, dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

1. Bahasa
-menentukan identiti sesebuah bangsa
-para pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan negara kita telah membuat keputusan supaya kita
memiliki satu bahasa kebangsaan untuk tujuan berikut:
i) perhubungan umum
ii) bahasa rasmi
iii) sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara kita
- peruntukan ini termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia
-peruntukan ini tidak meghalang penggunaan, pengajaran dan pembelajaran bahasa etnik lain ataupun bahasa
asing

2. Agama
-merupakan tunjang kehidupan manusia
- mampu membentuk rakyat Malaysia yang berakhlak mulia dan bermoral tinggi
- prinsip pertama dalam Prinsip Rukun Negara ialah 'Kepercayaan Kepada Tuhan'
- agama Islam merupakan agama bagi Persekutuan kerana faktor yang berikut:
i) lama bertapak di rantau Asia Tenggara
ii) tidak ditolak oleh penjajah
iii) mempunyai penganut yang ramai
-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan
-setiap orang berhak untuk menganuti, mengamalkan dan mengembangkan agamanya dengan syarat, iaitu
pengembangan agama selain Islam tidak boleh dilakukan terhadap penganut Islam

3.Kewarganegaraan
-merupakan status yang dimiliki oleh setiap individu untuk hidup dalam sesebuah negara.
-status ini memberikan hak,manfaat dan kemudahan tertentu.
-status ini memberikan hak untuk seorang warganegara:
i) mengundi dalam pilihan raya
ii) mengambil bahagian secara aktif dalam politik seperti bertandingan dalam pilihan raya,menjadi wakil
rakyat,menjadi menteri dan sebagainya.
iii) memiliki harta dan membangunkannya.
iv) bergerak dengan bebas ke mana-mana bahagian negara.
v) menerima manfaat dan kemudahan seperti pendidikan,bantuan kebajikan, perubatan dan sebagainya.
-hak kewarganegaraan ini disertai oleh tanggungjawab.
-rakyat bertanggungjawab untuk:
i) mematuhi undang-undang negara dan negeri.
ii) memberi khidmat kepada negara apabila diperlukan seperti mempertahankan negara apabila diserang
musuh dengan menyertai pasukan keselamatan.
iii) menyumbang terhadap produktiviti negara dalam bidang masing-masing.
iv) menyokong dan mengambil bahagian dalam rancangan dan kegiatan negara seperti menyambut Hari-
Kebangsaan,membasmi kemiskinan,membantu kerajaan membendung jenayah dan sebagainya.

4.Kebebasan Asasi
i)tiada seseorang pun boleh diambil nyawa atau kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.
-orang yang bersalah hendaklah dibuktikan di mahkamah sebelum didenda, dipenjara atau dihukum mati.
-orang berkenaan hendaklah diberi tahu tentang kesalahannya dandiberi peluang untuk membela dirinya.
ii)semua bentuk kerja paksa adalah dilarang.
-tetapi parliment boleh membuat undang-undang bagi kerahan tenaga untuk maksud negara sepeti mempertahankan negara ketika diserang oleh musuh.
iii)semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang
-tidak mengira keturunan ,kedudukan,pngkat,agama,dan jantina serta mendapat perlindungan undang-undang yang same rata
-tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
-jika sesuatu harta perlu digunakan atau sdiambil maka harta itu yang digunakan atau diambil itu hendaklah diberi pampasan yang mencukupi.
*kebebasan yang diberi tidak bermaksud kita boleh melanggar undang-undang.

5.Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
-peruntukan khas ini memberi pertimbangan kepada golongan berkenaan bertujuan untuk menyamaratakan status pendidikan dan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan kaum-kaum lain.
-dengan ini, dapat mewujudkan kestabilan politik dan ketenteraman awam.
-kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, seperti rizab khas bagi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan atau latihan khas, lesen dan permit perniagaan, diberi melalui Perkara 153 perlembagaan.
-Rizab yang diperuntukkan mengikut radar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong.



Kontrak Sosial

        

         Kontrak adalah perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga bermaksud dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang berkaitan dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Ia juga merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina danIndia. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara Malaysia dan seterusnya menentukan sifat sesebuah Negara.
          Perdebatan mengenai kontrak sosial hangat dibincangkan di media tempatan apabila akhbar Mingguan Malaysia pada 14 Ogos 2005 menyiarkan laporan yang memetik ucapan Presiden Parti Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik di negara ini melupakan formula kontrak sosial antara kaum kerana ia didakwa membuatkan masyarakat Cina dan India merasa ‘kecil hati'. Berikutan itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas kenyataan tersebut dengan mendakwa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Reaksi serupa daripada kalangan beberapa pemimpin UMNO turut disiarkan di media.
          Datuk Seri Lim Keng Yaik kemudian menafikan beliau membuat kenyataan tersebut sambil mendakwa bahawa kata-kata beliau telah disalah tafsir. Bagaimanapun beliau telah memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berhasrat mempersoalkan atau menukar formula kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa Negara mencapai kemerdekaan. Sehubungan dengan itu juga. Kabinet pada 17 Ogos 2005 mengarahkan supaya semua perdebatan mengenai isu tersebut dihentikan.
          Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta sejarah bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah.
           Isu ini timbul mungkin kerana kontrak sosial ini telah dibentangkan kepada masyarakat sebagai satu persetujuan antara elit pada masa tertentu, dalam keadaan tertentu. Ini menyebabkan generasi baru menganggapnya sebagai tidak lagi relevan. Sebahagian masyarakat bukan Melayu juga menganggapnya kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan. Ia suatu pemberian yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu yang merupakan imigran atau keturunan imigran.Oleh sebab itu generasi bukan Melayu sekarang menganggapnya sebagai sesuatu yang sudah berlalu. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera adalah sebahagian daripada kontrak sosial. Oleh kerana bukan Melayu diberikan kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberikan perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa. Kepada mereka kompromi ini terikat kepada masa tertentu, jadi mereka tidak nampak relevannya sekarang.
             Kontrak sosial bukan istilah yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 tetapi permuafakatan yang mewakili semangat Perlembagaan. Dengan adanya kontrak sosial ketika proses ke arah mencapai kemerdekaan, usaha telah dapat dilakukan untuk menggubal Perlembagaan. Ia merupakan muafakat antara kaum yang mewarnai Perlembagaan, persepakatan yang diterjemahkan ke dalam Perlembagaan. Walaupun istilah kontrak sosial tidak ada dalam Perlembagaan tetapi semangatnya ada pada ciri-ciri perlembagaan itu.
            Rakyat Malaysia perlu memahami kontak sosial dengan jelas berdasarkan kepada fakta sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya tentang hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu - perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara. Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Kontrak sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan.
             Perlembagaan Persekutuan diwujudkan hasil daripada kontrak sosial yang dilahirkan daripada permuafakatan pelbagai kaum di negara ini. Perlembagaan itulah juga yang mentakrifkan negara kita serta menentukan sifat bangsa dan negara Malaysia.Malaysia adalah Negara berbilang kaum yang wujud daripada konsep Malay polity atau sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 memberikan kewarganegaraan terbuka kepada bukan Melayu, sebahagiannya imigran dan diterima secara automatis sebagai warga Negara dan diberikan jus soli.Inilah antara sifat negara dan bangsa Malaysia yang harus difahami - berbilang kaum tetapi berakar umbi dalam sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan juga mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan sistem pemerintahan beraja.



Kesimpulan
Kewujudan perlembagan sebagai asas undang-undang mempunyai peranan yang sangat besar dalam perjalanan pemerintahan di negara ini. Walaupun Perlembagaan Negara merupakan sebuah perlembagaan yang terlalu panjang dan terperinci, namun perlembagaan tersebut telah berjaya melicinkan pentadbiran negara dan mewujudkan keamanan serta kestabilan negara.Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia.Hal ini kerana, sejarah pembentukkan perlembagaan adalah atas dasar persetujuan semua kaum.


Rujukan

  • Buku teks Pengajian Malaysia 
  • Cidos 
  • Internet 
  • Perpustakaan 


    Soalan
    1.Apakah maksud Perlembagaan Malaysia?
    2.Berikan  2 contoh kontrak sosial di Malaysia?
    3.Peruntukan Utama Dalam Perlembagaan  Malaysia terdiri daripada:
    4.Nyatakan 3 konsep ketertinggian Perlembagaan ?
    5.Hurai secara ringkas hak istimewa orang melayu sebagaimana yang termaksub dalam Perlembagaan Malaysia.
    6.Nyatakan dua undang-undang tidak bertulis.
    7.Siapakah merupakan asas utama kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
    8.Senaraikan bentuk-bentuk perlembagaan.
    9.Apakah ciri-ciri Perlembagaan?
    10.Apakah tujuan kontrak sosial?